Pages

Sunday 25 September 2011

Program ICT MBMMBI

Perkakasan ICT
Program Makmal Bahasa MBMMBI
 
Dasar MBMMBI iaitu “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada tahun 2011 bagi menggantikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2010 bertarikh 25 Januari 2010 adalah berkaitan.

 
Memartabatkan Bahasa Inggeris bermaksud strategi memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Malaysia.

 
Manakala strategi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.
Sehubungan itu makmal bahasa merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan di makmal komputer sekolah bagi menyokong dasar MBMMBI. Penggunaan Makmal Komputer sebagai makmal bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa dilaksanakan berasaskan perkara-perkara berikut :

 
Menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk Makmal Bahasa; Mengoptimumkan penggunaan makmal komputer bagi pengajaran bahasa; Menggalakkan pengunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah; Membantu guru dan murid dalam memperkasa Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.
 

Objektif :
Satu pendekatan dalam menambah baik kurikulum pembelajaran bahasa. Menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris . Individu atau kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong P&P bahasa di dalam kelas sebenar – dapat membentuk kreativiti pelajar. Pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa – mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid & filem berkaitan.
 

Menggunakan makmal komputer sedia ada dengan tambahan peralatan ICT iaitu :
Head set Spliter LCD Monitor Classroom Monitoring System (perisian platform bagi
perlaksanaan p&p) Perisian Bahasa ( Bahan p&p Bahasa Inggeris dan Bahasa
Malaysia)

SELOKA GURU
 

Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam bekerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malamnya indah
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurnya selesa

Orangkata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-kerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin mencurah makin mendekat

Orang kata guru itu bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu sungguh riang
Sekali berkata murid ketawa riang
Bila berjaya murid terus dijulang
Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke hutam seperti tak berpenghuni
Lebih-lebih lagi hulu banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk ke hutam untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agar kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih minta agar dipindah, tak pernah dapat
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup sebagai pejuang

Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata 

Pantun

PANTUN UNTUK GURU
A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

 

 

10 Cara Untuk Menjadi Guru Yang Berkualiti


1.Keyakinan.
Sebagai seorang guru ,anda harus mempunyai keyakinan untuk memberi,mengubah,membentuk, mengasuh serta mendidik pelajar mengikut apa yang seperti yang di dasarkan oleh Pendidikan Semasa

2.Kesabaran.
Kesabaran adalah sifat terpenting dalam mendidik pelajar.Oleh kerana perkembangan dan persekitaran pelajar yang pelbagai memungkinkan pelajar membesar dengan pelbagai cara.dan untuk satukan semua dalam institusi pendidikan harusnya memiliki kesabaran yang mantap.

3.Penyayang.
Bila sebut tentang penyayang,tentukan kita tentang kasih dan melindungi.Mengasihi mereka dengan perasaan sayang yang jujur dan ikhlas akan dapat mendidik akal dan hati kita untuk memuliakan pelajar dan memimpin mereka ke jalan yang dikhendaki.

4.Memahami
Fleksibel dalam pengajaran, dengan tujuan supaya pelajar merasa kesamarataan dalam mendapat perhatian .Pelajar akan lebih terangsang sekiranya mereka merasakan guru dapat memahami dan memenuhi kehendak mereka.

5.Bijaksana.
Guru yang bijak akan dapat melontarkan idea yang dapat difahami oleh semua murid dalam kelasnya.Pengalaman dan pembacaan selalunya dapat membantu guru bijak menguruskan idea dalam bilik darjah.

6.Berdedikasi
Memandang sama kepada pelajar dan tidak mengkastakan pelajar.pelajar miskin atau kaya, atau baik atau nakal tidak di jurangkan sewaktu pengajaran di jalankan.

7.Pelindung
Guru yang baik dapat memberikan perlindungan emosi ,penyemarakkan potensi dan idea pelajar.Tak semua pelajar yang sentiasa positif dan berada dalam keadaan yang stabil.Dalam situasi ini guru yang berkualiti dapat mamantau dan menghilangkan emosi negatif agar pelajarnya merasa gembira dan ceria .

8.Kesungguhan
Kesungguhan dalam membantu pelajar tanpa mengira waktu ,masa dan penatlelah.mendahulukan pelajar sewaktu waktu persekolahan dan sentiasa mencari idea untuk membaiki prestasi pelajar terutamanya kepada pelajar yang lemah.

9.Membanggakan Pelajar.
Memberi penghargaan kepada pelajar, samaada dengan ucapan atau material akan dapat membentuk sikap untuk maju di kalangan pelajar.meraka akan berlumba lumba dalam pelajaran atau ko kurikulum untuk mendapat pujian dan sokongan dari guru atau rakan.

10.Cakna dan terkini
Kecaknaan terhadap murid dalam pengajaran atau kehidupan semasa perlu untuk guru kerana ini dapat memberikan input jangka panjang kepada pelajar dalam membentuk cita cita dan niat yang kuat.Guru yang berkualiti sentiasa dapat memberikan contoh kebanggaan semasa supaya pelajar merasakan mereka juga mampu untuk menjadi seperti yang di banggakan masyarakat.

KRT 3013 TMK

TUGASAN   KRT3013 TMK..
  1. Tugasan 1A  - Forum 10%
                       -tarikh akhir 3/10/2011

  1. Tugasan 1B – Esei 20%
-         Secara individu
-         Cara hantar emel kepada pensyarah mengikut
Kumpulan
-         4 hingga 5 m/s sahaja dalam format pdf/doc/mana-mana format yg bersesuaian
       Soalannya:
  Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses P&P di bilik
  darjah .Sebagai guru di sekolah rendah,jelaskan isu berikut:
  1. Kenalpasti masalah pengajaran di dalam bilik darjah
  2.  Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu menyelesaikan masalah dalam (1)

  1. Tugasan  1C – Pembangunan Blog 30% - Blogger
-         Link blog perlu diletakkan dalam MyGuru
-         Markah akan di beri mengikut perkembangan blog
-         Tarikh akhir 12/Dis/2011